Sunday, January 28, 2018

NERBEZ



Hi semuaa...baru ja tadi aku nak feeling  berspa siap konon pakai mask muka dekat ruang tamu then got mesej watsapp from si Bapa .Guess what ?? result Poli Degree aku akan keluar rabu ni, nervousss...entahlah kenapa. Yup, aku repeat satu paper untuk sem lepas baru - baru ni. Its ok...gagal sekali tidak bermakna gagal selama lamanya. Ni kan boleh jadi pengalaman manis sebab dapat lah kelas dengan junior2 yang ok. Sebelum ni budak kelas aku tidak lah berapa ngam sangat dengan kelas junior bawah aku then bila aku sorang ja repeat paper pastu kena masuk pula dalam kelas junior bawah. Mesti rasa janggal ,malu and takut. Tapi aku tidak lah rasa semua tu cuma risau macam mana penerimaan aku dalam kelas tu hahaa.. nasib lah aku ni jenis tidak cerewet ( cerewet pasal makanan ja ). Alhamdulillah juga budak kelas junior bawah aku terima aku seadanya haha macam cari calon menantu pula. Diorang tidak lah macam apa yang disebut sebutkan sebelum ni, aku suka kelas tu, damai and privasi. Diorang still hormat aku even aku senior tapi aku tidak lah guna kuasa "SENIOR" tu kalau dalam bab pembelajaran and assignment.tidak payah acah2 senior.normal sudah pun ok. Nervous sampai ke sendi tulang sekarang ni. Aku tidak expect high. Harap dapat B+ pun ok. Insha Allah bulan 3 ni aku latihan industri dekat Hotel Mutiara Johor. Tidak apalah sekali sekala mencabar even background aku lain .Setahun jerrr..Wish me luck. 



No comments:

Post a Comment

Thanx For DeComment..◕‿◕❤