Friday, January 26, 2018

Kurus dengan 16/8

Assalamualaikum... hellooo readers..memandangkan aku masih cuti semester buat masa sekarang ni adalah masa untuk berblog semula...tapi time cuti - cuti ni confirm mak aku masak sedap2. Kalau nak kurus payah , nak gemuk senang. Baru - baru ni aku ada terbaca tentang " Intermittent Fasting " dekat internet pastu buat dekat  youtube , rasa nya cara diet ni lagi senang daripada diet yang macam sebelum ni. 


Cara untuk buat Intermittent fasting ni  :

  • 16/8: Juga dipanggil protokol Leangains. Tidak perlu makan sarapan dan cuma boleh makan dalam tempoh 8 jam, contohnya 01:00-09:00. Kemudian anda berpuasa selama 16 jam.

  • Eat-Stop-Eat: Puasa untuk 24 jam, sekali atau dua kali seminggu. Contohnya dengan tidak makan malam hari pertama sehingga makan malam pada hari berikutnya.

  • 5: 2 Diet: Hanya makan 500-600 kalori pada dua hari bukan berturut dalam seminggu, . kemudian makan seperti biasa 5 hari lain.

APA KESAN INTERMITTENT FASTING KEPADA SEL - SEL BADAN DAN HORMON ?
Apbila berpuasa, beberapa perkara berlaku di dalam badan anda. Berikut merupakan antara perubahan yang berlaku dalam badan anda apabila berpuasa:
  • Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH): HGH meningkatkan sebanyak 5 kali ganda. Antara manfaatnya adalah kehilangan lemak dan membina otot.
  • Insulin: Sensitiviti insulin bertambah baik dan tahap insulin menurun secara mendadak. Tahap insulin yang lebih rendah membuat kurang lemak badan disimpan.
  • Pembaikan selular: Apabila berpuasa, sel-sel anda memulakan proses pembaikan sel. Ini termasuk “autophagy”, di mana sel-sel lama dan tidak berfungsi akan dihadam.
  • Gen: Terdapat perubahan dalam fungsi gen berkaitan dengan panjang umur dan perlindungan terhadap penyakit.
> IF adalah kaedah menurunkan berat badan yang baik.
> IF seringkali diamalkan oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan. Dengan membuatkan anda kurang makan, pengambilan kalori seharian juga berkurangan.
T> ambahan pula, IF menyebabkan perubahan hormon yang menggalakkan penurunan berat badan.
Selain daripada menurunkan insulin and meningkatkan HGH, IF juga merangsang rembesan norepinephrine (noradrenaline), hormon pembakar lemak.
Disebabkan perubahan hormon-hormon ini, IF berupaya untuk meningkatkan tahap metabolisme anda sebanyak 3.6-14%.
credit post : elesfitz




No comments:

Post a Comment

Thanx For DeComment..◕‿◕❤